Saturday, January 31, 2009

East - North Journey!

Selepas memandu hampir 5jam dr kg, akhirnya aku smpai jua ke no74A Taman Lembah Bujang ini...agak penat jgla, dengan tempoh itu hnya mnggang KANCIL untuk mengharungi lebuhraya timur-barat yang mana terpaksa mendaki dan menuruni banjaran Titiwangsa dan sepanjang jalan terpaksa mengelak dr lubang2 yg terdapat di jalan tersebut (sekali-sekala mengelak dr tompokan sisa si gajah2 liar)...akhirnya Alhamdulillah aku sampai jua pada pukul 4ptg semalam (30jan09).

Dr kg. aku bawakan ole2 utk mmber2 ku...(kopok lekor n kuih akok) ----> sabar nooo klu yg blum dpt! huhuhu...melalui lebuhraya tersebut, menguji kesbaran dan skill memanduku (cheewah), yelah dengan laluan yg bengkang bengkok, naik bukit, turun bukit, elak lopak, sisa gajah n mcm2 lg...yg plg xsyok, bila mengekori lori n trailer!! dan yg paling mympah apabila bas dipandu laju dn membontoti rapat di blkg KANCIL ku yg cute ini, die yg besar senang aje cilok sana cilok sini padahal die sdg mmbawa byk nyawa didalam "pewot"nya itu...

Tp, perasaan menyampah itu kdg2 reda apabila terhidangnya pemandangan yg indah dan cantik..dengan banjaran titiwangsa yg kdg2 diliputi oleh kabus yang memutih, menyejukkan mata yg memandang..menyeberangi tasik banding yg luas terbentang, n bukit bukau yg tinggi menjulang...

Semalam, 1st time aku dapat menyaksikan dengan mata kepala ku sendiri iaitu SANG BELANG!! 1st time kerana aku dapat menyaksikan betul2 HARIMAU liar!! yg mana haiwan yg dikategorikan sebagai haiwan yg hampir pupus itu dan hnya tinggal seberapa shj dlm hutan MALAYSIA ini, salah seekornya memunculkan dirinye di lebuhraya itu, dan aku berkesempatan untuk melihatnya...

4 comments:

  1. Apsal ko x tangkap jer harimau tuh bwk balik sini....kan best boleh bela harimau sekor kat umah..perrghhh mesti x der org mai berani nak pecah masuk umah...hahahaha

    ReplyDelete
  2. masalahnye...blum sempat aku tgkap, harimau 2 yg baham aku dulu!!! ye la, nmpk aku jer, rimau tu pk, knyng sminggu klu aku mkn bdk nih!!!

    ReplyDelete
  3. ouh anip nak bela rimau... anak kucing pun belum tentu nak duduk kat umah korang

    ReplyDelete
  4. ank kucing duk kat umah ni, akan jd mcm penghuni rumah ni jg la nnt...comel n gebu!
    huhuhuhuu...

    ReplyDelete