Saturday, January 17, 2009

Menjaga HATI...

Dari aku segumpal darah, yang bernama HATI...dekat didada untuk dilindungi...untuk didakap dan dipeluk rapi...tapi kadang kala HATI membawa diri, meninggalkan jiwa yang terus sunyi, pabila diri tidak dipeduli...bukan merajuk HATI ini, tapi kadang2 ia perlu bersendiri...kerana, kekhilafan menyelubungi diri, tatkala jiwa terus jauh berlari, membawa ke lembah yang jurang dan tiada bertepi, menyebabkan HATI perlu memuhasabah diri...

Mengapa sukar untuk memahami HATI..kerana fikiran terus menyatakan itu, ini, begitu dan begini...tapi HATI terus memujuk diri, agar tidak terus diulit mimpi, kerana mimpi suatu yang tidak pasti...tapi jiwa tetap keraskan diri, kerana baginya ia bukan sekadar bermimpi kerana dihadapannya itu tetap realiti...tapi ternyata HATI itu benar sekali, kerana jiwa ini tertewas lagi...walaupun diri deras berlari, tapi kecundang jua yang ditemui...

Mengapa sukar untuk menjaga HATI...kerana darah itu terus mengalir didalam diri...lembutnya HATI, tenanglah diri...kerasnya hati membinasakan seluruh sanubari...jiwa terus memperhalusi, agar tidak meninggi diri, agar tidak menyombong diri, agar tidak berhidung tinggi agar tidak terus hanyut meninggalkan HATI...tapi, diri tetap jua jauh dari HATI, kerana baginya kolot benar fikiran HATI...kerana baginya cara itulah yang boleh memajukan diri, taktik itulah yang memartabatkan diri, helah itulah yang menyamatarafkan diri...tapi diri ternyata terlalai lagi, kerana dia lupa tatkala terbang tinggi, tiadanya dahan untuk berpaut lagi...akhirnya diri menyembah bumi...barulah diri mengakui, yang HATI itu benar sekali...tapi masih belum terlambat untuk menyesali, kerana ILAHI maha menyayangi, kerana ILAHI maha mengasihani...bersujudlah padaNYA selagi nafas belum terhenti...

Pangkat dan darjat perhiasan diri, tidak semahal sekeping HATI...apa yang pasti, peliharalah jiwa dan diri, agar tidak hanyut dilautan yang tidak bertepi, agar ia tidak terlalai lagi, agar ia tidak terus lena diulit mimpi, agar ia tidak terus terbang tinggi, kerana ia perlu saling diingati, agar untuk terus perpijak dibumi kerana itulah realiti...Jagalah diri, hiasi peribadi dengan sekeping HATI yang ikhlas dari lubuk dasar nurani yang tulus dan suci...

4 comments:

  1. Aku sendiri tak boleh nak tulis ayat-ayat bermadah macam ni...maklumlah aku bukan orang
    sastera (asalnya sains tulen tapi akhirnya jadi orang sains pentadbiran...huhu).

    ReplyDelete
  2. hum.. very touching lah .. aper pun kita kena tahu sesuatu tentang hati iaitu :

    H - HANYA
    A - AKU
    T - TAHU
    I - INTIPATINYA

    ReplyDelete
  3. Jika kita bertarung, pastikan keris yang dibawa itu benar-benar tajam, pastikan lawan dalam genggaman, janganlah sesekali melepaskan lawan semula setelah ia jatuh dalam gengamanmu, kerana ia akan sakit kerana bisanya ketajaman kerismu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

    Begitulah juga setelah kita memberi banyak pengharapan kepada HATI, setelah kita mula menyayangi diri sendiri maka hendaklah kita menjaga HATI, janganlah sesekali membiarkan HATI merana kerana HATI akan terluka oleh kenangan-kenangan silam dan HATI juga tidak akan dapat melupakan segala kenangan selagi HATI masih mengingatinya.

    Jika kita menadah hujan, janganlah terlalu mengharapkan kepada takungan didalam balang tersebut dan janganlah terlalu berharap bahawa balang tersebut akah sentiasa kukuh, apabila sekali balang itu retak, agak sukar untuk kita menampalnya dan akhirnya ia dibuang sebegitu sahaja, sedangkan andai kita cuba memperbaikinya pasti ia masih boleh digunakan lagi.

    Begitu juga jika kita memiliki HATI, terimalah HATI kita seadanya, janganlah kita terlalu mengagumi HATI dan janganlah kita menganggap HATI adalah terlalu istimewa, anggaplah ia hanya sekadar HATI,kerana apabila berlaku sedikit kesilapan bukan mudah untuk HATI menerimanya dan akhirnya HATI terkecewa, sedangkan jika HATI yang kita miliki redha dengan segala kejadian pastinya kita akan menjadi lebih tenang dalam kehidupan.

    Jika kita sakit tetapi tidak memiliki ubat yang dirasakan baik untuk mengubati sakit tersebut, kenapa kita perlu berlengah lagi, carilah ubat yang bisa mengubati sakit tersebut walaupun ianya pahit, jika terlalu mengejar kelazatan dan kemanisan, kelak penyakit itu akan semakin merebak dan kita tidak akan mampu mengawalnya lagi, jangan sampai kita menyesal.

    Begitulah juga dengan HATI, jika kita menemui penawar luka di HATI, ubatilah sengsara di HATI, sayangilah HATI, kasihilah HATI, mengapa kita perlu mempermainkan hati sendiri dengan membandingkan HATI yang kita miliki dengan HATI yang dimiliki oleh orang lain, jika kita terlalu mengejar kesempurnaan, kelak HATI akan menderita dan kita akan kehilangan HATI kerana HATI itu bukan lagi milik kita.

    ReplyDelete
  4. ala nik, nsb baik ko mkn hati bakar...klu ko mkn HATI, ko yg terbakar nnt...aku juz wait n see jer..mn la tau kot2 ko nk open table sempena dpt dowet free krajaan!! dpt kat LeBoss pun ok nik oiiii....

    ReplyDelete