Friday, January 9, 2009

Make a DREAM become REALITY..

"After we woke up in the morning, only two things that we should do, whether we lying back and keep dreaming or we wake up and make the dream become reality...."

Aku lupa ahli falsafah mana yang berkata sedemikan rupa, cuma apa yang ingin dicoretkan disini, kata2 itu mengingatkan aku tentang IMPIAN yang mana mengajar kita untuk mampu MENIARAP agar kita boleh MERANGKAK, mengajar kita MERANGKAK supaya kita bisa BERDIRI, mengajar kita BERDIRI untuk kita mampu BERTATIH seterusnya menuntun kita agar terus BERLARI untuk mencapai apa yang dihajati...

Setiap manusia mempunyai IMPIAN, dan berhajat agar impian itu bisa menjadi realiti dan bukan sekadar angan2 atau sekadar bermimpi disiang hari...berbicara soal impian ini menyebabkan aku terdiam sejenak....kerana apa yang dihajati selama ini hanya membawa aku untuk sekadar BERDIRI, apabila ingin memulakan langkah pertama untuk BERTATIH pasti aku akan tersungkur dipertengahan jalan..walaupun hati terus berbisik menyatakan agar aku terus BANGKIT seterusnya BERTATIH dan membiarkan segala CALAR yang terpalit dikaki terus BERBIRAT kerana itulah yang akan menjadi ANUGERAH TERINDAH kepadaku apabila meniti kejayaan di esok hari...tapi entah mengapa pandangan aku hanya KELAM apabila melihat dihadapan sana JALANNYA berterusan BERSELIRAT tanpa ada penghujungnya...

Tapi, orang selalu berbicara.....tanpa DUGAAN dan CABARAN kita tidak mampu untuk menjadi DEWASA, kerana cabaran dan dugaan itulah yang MEMATANGKAN dan MENUNTUN kita agar menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk menempuh hari2 yang mendatang....tanpa dugaan dan cabaran kita pasti akan berada di takuk lama dan sentiasa mengharap belas ihsan..tetapi kadang2 orang tidak faham dengan apa yang dilalui oleh kita, kerana bagi mereka jalan yang mereka lalui tidak pernah mengahadapi sebarang kesukaran...

Setiap manusia telah tertulis rezeki masing2 sejak azali lagi...semenjak dari setitis air mani menitis didalam rahim ibu...dari setitis itu, maka lahirlah kita "ciptaan" terhebat dari ALLAH SWT..kerana diantara berjuta-juta sperma yang bersaing, hanya satu yang terpilih, iaitu KITA! Justeru, qada' dan qadarNYA tidak mampu untuk dilawan, cuma apa yang perlu kita lakukan agar sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri seterusnya mengejar IMPIAN yang kita impikan..walaupun semuanya tertulis olehNYA, kita jangan lupa kerana firmanNYA "AKU tidak akan mengubah NASIB sesuatu kaum itu, melainkan mereka berusaha untuk MENGUBAHNYA".

Dalam usaha untuk "menggapai bintang" aku pasti tersungkur dipertengahan jalan tetapi, ia mengajar aku untuk terus bangkit dan bertatih perlahan-lahan kerana mungkin jalan yang aku lalui dulu terlalu lapang dan menyebabkan aku sentiasa cuai dan terlalai, dan aku mengerti jalan itu bukan untuk aku dan seterusnya mengajar aku untuk kembali mencari "kompas" yang betul untuk menuju kejalan yang sebenar...walaupun agak sukar, tetapi aku tetap berterima kasih kepadaNYA kerana masih menyayangi aku dan terus memberi cahayaNYA untuk mempermudahkan perjalanku...cuma aku tidak tahu, apa yang bakal aku tempuhi untuk hari esok dan hari2 yang mendatang...hanya satu yang ku sematkan...kali ini biarlah aku jatuh dan terus jatuh, kerana setiap kali jatuh akan aku bangkit dan membiarkan luka2 itu menjadi parut untuk aku hilangkan dengan kejayaan yang telah lama menjadi IMPIAN..seterusnya IMPIAN itu mampu untuk aku dakapi dan dipeluk rapi dan tidak akan membiarkan IMPIAN itu terlepas lari...kerana aku tidak pasti, adakah aku masih mampu untuk berlari lagi kerana tanpa diketahui sampai bila nafas ini didalam diri............

1 comment:

  1. kata-kata yang indah, hampir menghampiri kesempurnaan...fikir2kn!!!

    ReplyDelete