Tuesday, September 29, 2009
Salam Lebaran...1430H
Lama betul xupdate blog aku ni...nk kate life ni busy, mmg ye la...n nk kate xde idea pun mmg ye jg!! huhuhu...minggu sebelum raya n sebelum pulang ke kampung, byk betul test n kuiz yg perlu dihadapi...4 test berturutan!! jiwa agak kacau time tu...but ape leh buat...life must go on n kena tempuhi segalanya...raya tahun ni, blk beraya ngan bas...huhuhu...nasib baik ade tiket...1st time ni pulang ke kampung nk beraya naik kenderaan awam..huhuhu...
Pape pun, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin aku pohonkan...tangan dihulur pohon keampunan..Ketika entry ni dipostkan, aku da berada kat Lembah Bujang...start minggu baru...malas je rs bila memikirkan keje yang bertimbun utk disiapkan...(tp still xde ape2 progress dlm usaha utk selesaikannya)..huhuhuhu
Raya tahun ni rs cam xraya pun, lantaran kakak dan abangku ramai yang xdpt pulang beraya..aku pun juz duk kat umah jer, melangut depan TV, duk mkn biskut raya! huhuhu...camne nk g beraya...Wan Minah Sexy aku blum kuar dr "spital"...huhuhu...lama betul nk di baiki!!
Bila dtg kat cni...ade plak masalah yg timbul...kdg2 leh menjatuhkan kredibiliti seseorang di mata masyarakat...ntahla, org suke tgk org lain jatuh dan tak mendahului die..dgn kate ain, mereka kadang2 tak senang duduk dengan kejayaan org lain...so, people love to stab others' back n feel happy when they was able to hurt others' feeling....malas la plak nk komen pasal hal ni...malas nk memperpanjangkan!!
Setakat ni shj dulu untuk entry kali ini....
Assalamualaikum...
Friday, August 21, 2009
SELAMAT DATANG RAMADHAN..
Ramadhan datang lagi dengan membawa sejuta Kerahmatan dan Kemuliaan dari Yang Maha Esa. Bersyukur kehadratNYA kerana masih di beri peluang dan masih berkesempatan untuk menikmati dan mengecapi bulan yang mulia ini..
Ramadhan bukan sahaja mengajar erti kesabaran tatkala menahan diri dari lapar dan dahaga, tetapi turut sama mengajar kita agar dapat mengekang hawa nafsu yang menggila...ini kerana, segala syaitan dirantai untuk memberi peluang kepada semua umat manusia agar dapat menjalani ibadat puasa tanpa gangguan. Tapi, masih ada juga yang lalai dan alpa dan sanggup untuk mengalah dari cabaran.
Ramadhan turut mengajar untuk kita bersederhana dalam segala aspek dan sentiasa ingat mengingati sesama kita agar tidak terlalu boros mengikut hawa nafsu. Lalu, pasti pada bulan ini akan menimbulkan Keinsafan keran mengakui kekerdilan diri disamping Dia...Lapangkan diri untuk bersedeqah kepada mereka yang memerlukan...kerana ganjaran yang disediakan ALLAH berlipat ganda pada bulan ini.
Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, semoga amalan yang dilakukan pada bulan dan tahun ini diperkenan dari Yang Maha Esa.
Tumbuh Berjajaran Pohon Dedalu,
Tempat Bermain Si Burung Merak,
Kini Sya'ban Sudah Berlalu,
Tiba Menjelma Ramadhan Al-Mubarak.
Tuesday, August 11, 2009
minggu yang BUSY!!!
arghhh...minggu yang cukup sibuk...ntah pape...hidup tunggang langgang...
kat umah sewa baru mlm td br sempat nk cuci segala pinggan, mangkuk n cawan2 yang berkulat dalam sinki!! huhuhu...
minggu yg lepas br je berakhir dgn kempen protegeon notre planete (ntah btoi ntah tak aku eje) huhuhu...dgn jayanye...(penat wooo...duk ngankut brg2 recycle dr bilik ke bilik lecturer...)
leh jg dikatekan mggu DEMAM, coz ramai yg kuar msk UK...dpt MC...ni semua pasal BAB* ar...s*al pnye BAB*....huhuhu
xde papela nk tulis lg...xde idea..huhuhu
bai...
Tuesday, August 4, 2009
new BABY was born!!
Alhamdulillah...my new BABY was born at last!! huhuhu....kopak jg la nk leh dptkan BABY ni....merayu2 utk meminta simpati dr ayah and kakak aku...akhirnya pada 02082009...dptla aku miliki BABY ni...huhuhu
BABY ape ek?
----ACER ASPIRE 4736G ----> ;-p
Tuesday, July 28, 2009
Al-Fatihah....SAHABAT...
Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup
Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi
Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir
Chorus:
Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah
------------------->
Al-Fatihah buat sahabatku MOHD YAMIN JAHAYA yang telah kembali ke rahmatullah pada malam Jumaat yang lepas (23.07.2009)...didoakan agar beliau ditempat dan dikurniakan darjat yang tinggi disisi ALLAH SWT. Pemergian beliau amat dirasai, kerana terasa diri ini byk benar kesilapan dan kesalahan terhadap beliau sepanjang beliau masih hidup...ini kerana, kesungguhan yang ditunjukkan oleh beliau utk memulihkan persengkataan (bkn dgn beliau), ditolak mentah2 oleh ku...dan tanpa diduga pelbagai andaian dan perasaan yang buruk dilemparkan terhadap beliau...sesungguhnya, dia merupakan seorang insan dan sahabat yang baik!! Sebaik-baik SAHABAT!!
ALLAH SWT, menunjukkan cintaNYA kepada beliau apabila "pemergiannya" dipermudahkan. Dirinya yang sudah pun melunaskan "hutang" sebagai seorang ISLAM apabila beliau sempat menunaikan sembahyang berjemaah dan menunaikan solat hajat serta bacaan yasin di Pusat Islam UiTM dan disitulah kali terakhir aku bertemu dan sempat berbual sekejap dengan beliau. Beliau bertanya kepadaku, program pada keesokan harinya bermula pada pukul berapa dan meminta utk aku melihat jadual program kerana dia mahu pulang awal...ternyata "pulang awal" yang dimaksudkan ialah PULANG TERLEBIH DAHULU MENGADAP YANG MAHA ESA!!
Beliau yang bermain badminton di gelanggang badminton Sg. Jagung SP, dilaporkan keletihan sebelum meminta utk berehat seketika kemudian tiba2 pengsan...kumpulan paramedik yang tiba sejurus kemudian menyatakan beliau sudah "dijemput" ILAHI...diri ini terasa amat pilu dan menggigil...akibatnya aku tidak dapat memandu kereta dan fikiran 'bluuurrr'...aku berhenti seketika di tepi jalan dan mujurlah ditenangkan oleh Nik..kami bersama2 ke balai polis utk membuat laporan supaya jenazah beliau boleh dibawa kehospital..
Aku bersyukur kerana diberikan kekuatan oleh ALLAH SWT utk bersama2 mengiringi jenazah hingga keliang lahad...diharapkan agar keluarga beliau dapat menerima ketentuan ILAHI ini (beliau merupakan anak tunggal)...walaupun aku tahu BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL...didoakan agar beliau ditempatkan disamping orang2 yang soleh...AMIN.
...AL-FATIHAH...
Monday, July 20, 2009
BAHAGIA
Sendiri...mengubat kelukaan hati..
Menyepi...mencari kedamaian sejati..
Sembunyi...bukan takutkan realiti..
Berdiri...tidak bermakna bermegah diri..
Aku...hanya insan biasa..
Kamu...juga tetap sama..
Kita...bergantung kepada DIA..
dan DIA...yang maha berkuasa..
Kasih...lahir dari lubuk hati..
Sayang...menjelma dalam setiap insani..
Cinta...bersama kita kongsi..
Bahagia...yang selalu di impi..
Teman...akan sentiasa disisi..
Lawan...menunggu untuk menyakiti..
Kekasih...akan saling menyayangi..
Keluarga...tetap menerima kelemahan diri..
Diam...bukan berniat untuk membisu..
Muram...tatkala fikiran bercelaru..
Ketawa...untuk mengelak sendu..
Sinis...tidak bererti aku cemburu..
untuk Aku...tak kira apa orang kata..
untuk Kamu...sentiasalah terhindar duka lara..
untuk Kita...agar sentiasa gembira..
untuk DIA...dipanjatkan doa, agar KITA sentiasa BAHAGIA.
~ChuHasDa~ 20072009/6.00pm
Monday, June 29, 2009
HAPPY TEACHER'S DAY
USTAZAH MAZIAH (guru agama Islam dan jurulatih pertandingan bercerita)...sejak dari sekolah, mmg aku aktif menyertai pelbagai pertandingan...antaranya, bercerita, bersajak, berpidato dan pelbagai lagi...terima kasih diucapkan kpd ustazah kerana melihat adanya bakat yg kecil dalam diri aku utk digilap. Sebelum aku mengambil tempat peserta sebelum aku, ustazah sentiasa membawa aku ke setiap pertandingan utk melihat dan mencari pengalaman bagaimana pertandingan tersebut diadakan...Alhamdulillah, aku mampu untuk keperingkat negeri utk pertandingan bercerita kisah2 para nabi dan rasul. Sewaktu menyiapkan diri utk menempuh peperiksaan UPSR, pihak PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) menghantar surat kepada ku melalui sekolah utk menghantar aku menjadi wakil pertandingan bercerita peringkat kebangsaan bertemakan Kepahlawanan Melayu. Aku cuba menolaknya, memandangkan tarikh pertandingan terlalu hampir dgn UPSR, tetapi tidak diterima. Walaupun kecewa, aku cuba memberikan saingan, tetapi ternyata rezeki tidak berpihak padaku. Lebih mengecewakan apabila, aku mendapat keputusan UPSR yang kurang membanggakan! walupun begitu, aku bersyukur kerana melalui pertandingan tersebut, melatih aku utk lebih berkeyakinan!
TEACHER RAJA NURAZIZAH (cikgu bahasa inggeris)...thank you teacher..kerana mendenda aku apabila tidak lulus peperiksaan bulanan. Aku dan kawan2 yang lain didenda menjunjung kerusi dan terpaksa mengelilingi bangunan sekolah! Dengan perasaan yang malu itu menyedarkan aku untuk berusaha dgn lebih kuat utk berjaya. Akhirnya, aku berjaya membuat Teacher Raja Nurazizah berasa bangga dgn pencapaian yang sentiasa meningkat. Semasa aku belajar di peringkat diploma dulu, aku terpilih utk menyertai Program AlFalah, iaitu satu program utk mengajar Bahasa Inggeris kepada pelajar2 Tahun5 di sekolah2 sekitar Kelantan (Anjuran UiTM Kelantan bersama Yayasan Kemiskinan Kelantan). Aku terpilih utk mengajar di bekas sekolah aku sendiri, yg mana dahulu aku didenda kerana gagal dalam bahasa tersebut setiap kali peperiksaan, diberi kepercayaan oleh pensyarah bahasa inggeris ku, Puan Wan Aida untuk memikul tanggungjawab tersebut! Alhamdulillah, ramai diantara bekas pelajar ku mendapat keputusan yang membanggakan dan ada yang mendapat A utk UPSR!! Progaram tersebut mendapat sokongan yang padu oleh pihak sekolah apabila ia terbukti mampu membantu menaikkan peratusan kecemerlangan para pelajar.
CIKGU NAJMI, CIKGU MOHD HATTA dan CIKGU AHMAD TERMIZI (jurulatih sukan)..terima kasih cikgu kerana bersungguh2 melatih aku utk bergelar atlet...sewaktu minggu pertama menjejakkan kaki ke sekolah (SMK Gaal), Cikgu Najmi menegurku dan ada menanyakan samada aku berminat dlm bidang sukan atau tidak dan menyuruhku utk "turun padang" pd waktu petang untuk sesi latihan. Aku diserapkan dalam program tunas cemerlang dan acara pilihan ialah lompat tinggi dan lompat kijang, disamping acara yang lain iaitu lari berpagar, lompat jauh dan larian 400m...dan bergelar seorang atlet sekolah selama 4 tahun (tingkatan 1-4).
CIKGU YUROZIAN (kemahiran hidup), CIKGU MAT NASIR (matematik moden) dan CIKGU NORHAMZAH YA (matematik tambahan)...untuk sabjek kemahiran hidup dan matematik moden, cikgu meletakkan harapan yang tinggi kepada kami para pelajar. Setiap org akan diberi markah utk dicapai setiap kali peperiksaan, sekiranya gagal akan didenda..bilangan denda adalah bergantung kepada bilangan markah yang belum cukup (target). Utk kemahiran hidup aku juga tidak terlepas penangan denda dirotan dengan getah paip di bahagian betis!! pedihnya tidak terkira! manakala, acara "penyampaian" denda utk matematik moden lebih kurang, tetapi lebih sadis kerana jari jemari kami akan diketuk dgn satu perbaris besar sekiranya target tidak dicapai!!! aku paling lemah dalam matematik tambahan, dan pernah mendapat kosong markah apabila peperiksaan...tetapi tidak mematahkan semangat Cikgu Norhamzah utk mengajar...diadakan kelas tambahan secara percuma utk kami bg memastikan kami lulus dan berjaya bg subjek tersebut. Walaupun mengalami "jerih dan perih" bg subjek tersebut, aku mampu berbangga apabila mendapat A bg KH dan Matematik moden. Utk, matematik tambahan, aku juga mampu tersenyum apabila subjek tersebut lulus!!
CIKGU KAMARUDDIN (cikgu bahasa melayu dan guru kelas tingkatan 5)...terima kasih kerana byk mengajar ttg pelbagai perkara. Beliau jg merupakan cikgu yang bertanggungjawab membawa aku mengenali arena syarahan, perbahasa, pidato, forum, sajak, pantun dan pelbagai lagi. Dgn asas yang ada pada peringkat sekolah rendah dulu, sedikit sebanyak menyemarakkan lagi semangatku untuk mengenali dan menceburkan diri dalam pelbagai bidang. Semasa pertandingan sajak belia peringkat negeri Kelantan, cikgu bertanggungjawab mengambil dan menghantar aku setiap hari utk menjalani latihan dan menghantar ke tempat pertandingan pada waktu malam. Alhamdulillah, aku byk menimba pengalaman kerana aku sebagai amatur sama2 dapat bertanding dgn mereka yang lebih professional, lebih menggagumkan aku turut dipuji oleh seorang hakim yang berpengalaman mengadili peserta peringkat kebangsaan dan tertarik dgn cara penyampaian aku. Walaupun tidak bergelar johan, namun aku tetap bersyukur dan berpuas hati dgn pencapaian diri.
------Hanya Beberapa Kisah----->
TERIMA KASIH CIKGU!!!
Disini, ribuan dan jutaan TERIMA KASIH kepada cikgu2 yang pernah mengajar aku selama ini. Semenjak dari sekolah rendah (SK Cherang Ruku dan SK Gaal), sekolah menengah (SMK Gaal), dan para pensyarah (UiTM Machang - Diploma, UiTM Kedah - Ijazah). Segala jasa dan pengorbanan tidak mampu untuk dibalas. Namun diri ini sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan para pendidik sekalian agar sentiasa dilindungi oleh sayap2 Malaikat Allah dalam apa jua perkara yang dilakukan serta sentiasa dirahmati Allah dunia dan akhirat...
Jasamu sentiasa dikenang.....Terima Kasih!
