Sunday, March 29, 2009

SESUMPAH + MENYAMPAH = AKU MENYUMPAH?

Kali keberapa aku MENYUMPAH,
Setiap kali aku MENYAMPAH,
Melihat beberapa ekor SESUMPAH.

Bukan aku marah dan bengang dengan SESUMPAH,
Tetapi mengapa akhir-akhir ini seringkali aku MENYAMPAH?
Terus tanpa disangka-sangka aku MENYUMPAH.

Mana taknya, setiap kali SESUMPAH bertingkah,
Warnanya seringkali berubah,
Senyuman sinis sesekali mencelah,
Ketawa pula berdekah-dekah,
Mencari dan mengorek cerita mengalahkan Mak Bedah,
Propa dicipta macam orang yang tak bersalah,
Dicanang sana sini macam hakim mahkamah syari’ah.

Jadi, mengapa tidak boleh aku MENYAMPAH?
Kerana dah bosan dan jemu dengan pelbagai helah,
Watak dan lakonan yang dilakukan oleh SESUMPAH,
Tapi bukan maksud untuk MENYUMPAH,
Kerana hati dan perasaan ini seringkali lemah,
Tidak tertahan dengan pelbagai tohmah,
Yang digendong oleh SESUMPAH.

Didepan kita, belum sempat semut termengah-mengah,
Sanggup diberikan pernafasan mouth to mouth,
Tapi dibelakang, digelicik dan dijentiknya gajah,
Gajah tergolek, ditepuknya dada tanda bermegah,
Begitulah gayanya SESUMPAH,
Alim yang ditunjukkan membuatkan aku MENYAMPAH,
Tetapi perangai sebenar NAUZUBILLAH,
Tapi mulutku tetap cabul untuk MENYUMPAH.

Tapi aku yakin semua itu ada hikmah,
Kerana manusia dicipta sebagai khalifah,
Diuji manusia untuk mencari dimana dia tabah,
Untuk mendapat syafaat dari ALLAH….

chuhasda.blogspot.com
(Sunday29032009-1952pm)

TERIMA KASIH...

Akhir2 ini mmg byk perkara yg amat membebankan hati dan perasaan ini..bak kata pepatah… “NAK DITELAN MATI BAPA, NAK DILUAH MATI MAK”. Akhirnya berterusan memendam perasaan ini, agar dengan harapan tidak menyakit dan melukakan hati ramai pihak..tapi akhirnya, diri ini yg terseksa kerana pabila didiamkan, makin byk isu dan perkara yg melibatkan NAMA BAIK dan PERASAAN sedikit sebanyak mula dipandang serong oleh org lain…

Semester ini mmg byk benar perkara yg melibatkan HATI dan PERASAAN berlaku…dengan luaran yang sentiasa mempamerkan diri ini sentiasa happy, penuh dengan gelak tawa, ceria, dan pada masa yang sama cuba untuk berusaha mengambil hati orang lain, menyebabkan PERASAAN sendiri yg makin membebankan…ntahlah…mungkin manusia dah berubah..YA..mmg manusia berubah..dr keburukan kepada kebaikan, dari jahiliah kepada muslim dan muslimah, dari berada dibawah sehingga mampu untuk berdiri di mercu dgn megah…tapi, mengapa ramai juga manusia yang tidak mampu untuk berubah?….umur dah makin tua, tp fikiran makin keanak-anakkan, mungkin baru kenal dunia….dr menjadi diri sendiri mula obsess utk meniru, berubah dan menjadi seperti orang lain, dihadapan kita ibarat PIJAK SEMUT PUN TAK MATI, tp bila dibelakang ibarat MENJENTIK GAJAH, GAJAH TERGOLEK!!!

Ingin shj melarikan diri dr semua masalah ini, tp bila difikirkan jika berbuat demikian, ia jelas menampakkan yg diri ini MMG JAHAT, BERPERANGAI BURUK, segala apa yg diperkatakan oleh org MMG BENAR…Tp ALHAMDULILLAH, mujur ada teman yang rapat faham dengan situasi dan cuba untuk memberikan dorongan dan sokongan…

Aku juga makin hairan apabila org ramai lebih mempercayai org yg baru dikenali beberapa bulan dari diri aku yg lebih lama…mandrem ape yg dipakai, bomoh mana yg digunanya pun aku xtau..ya la kan….BEST BOMOH WIN!! Ish…jahat betul mulut!! Tp, mana taknya, didepan kita bukan main lagi ckp tak suka itu, tak suka ini pasal org tu, tp tnpa pengetahuan kita, bukan main puja dan admire lg..ntahla, biarlah…nak buat mcm mana…?

Semenjak dua menjak ni juga, aku rasa makin fofuler dr yg biasa, mana taknya…dgn siapa aku bercakap, pasal apa aku bercakap, apa aku nak cakap semua org nak ambil tau..sebelum2 ni, aku xmakan ke, tgh sakit demam ke, nazak nak mati pun…xnak pula amik tau!!! ada satu kes yang ingin dikongsi…aku jumpa seseorg di sebuah kedai makan di kawasan taman perumahan aku ni, hajatnya nak berbicara satu hal..tp tak pasal2 ada satu “mata2” yg mukanya bukan takat TALAM DUA MUKA, tp BERMUKA2 singgah dimeja tmpat kami duduk..bukan nak menegur aku yg dr td duk malangut kat meja tu, tp cuba untuk mengawal perbualan kami…last2 baik aku blah…bukan ape, menyampah!!! Selepas itu, aku dapat berita, yg dia sebenarnya sedang cuba untuk mengorek dan nak tau benda apa yang ingin aku cakapkan & macam mana aku leh kenal dengan teman yg aku sedang jumpa tu..W.T.F.S!!!!?

Kat sini aku nak berpesan dan mengucapkan….TERIMA KASIH kepada teman2 yang sentiasa bersama aku xkira masa aku SENANG dan SUSAH…korang memang teman yang BAIK dan TERBAIK…TERIMA KASIH kepada mereka yang pada mulanya BERKAWAN dengan aku, lepas tu BERUBAH angin utk bersama dgn org yg BARU dikenali, dipuja dan admire…korang memang kawan yang BAIK dan TAK SEDAR DIRI!!! TERIMA KASIH juga kepada mereka yg DIDEPAN aku mmg baik dan DIBELAKANG aku macam H**J*NG…asyik duk jaja cerita dan nk mengorek cerita…MAAF aku TAK MAHU BERKAWAN dgn korang dan aku MENYESAL kerana PERNAH BERKAWAN dgn korang!!

MAAF jika TERKASAR…

ASSALAMUALAIKUM…

Tuesday, March 10, 2009

Di TLB, Persidangan POKOK CERI…!

Sekadar meminjam situasi yang berlaku disekeliling (PERSIDANGAN POKOK MEMPELAM)...tetapi, bukan itu yang aku mahu coretkan disini, tetapi mahu berkongsi apa yang berlaku dipersekitaran tempat kediamanku ini..

Tuan rumah ku pernah berpesan agar jgn buat bising, kerana jiran2 sekeliling mempunyai anak2 yang masih kecil, atau dengan kata lainnya mempunyai BABY. OK, it is very da small matter. Aku sekadar memberi jaminan, kerana aku tahu siapa diriku sebenar dan teman2 serumahku yang lain....tapi, lama kelamaan aku n teman2 yg lain pula yg merasakan keTENSIONan apabila berada di sini...sebab apa? Kerana kami pula yang merasakan peringatan tersebut perlu diutarakan kepada jiran2 kami sendiri sebenarnya!!

Oleh kerana jiran2ku ini msh muda, byk masa yang mereka habiskan membuat persidangan, persidangan yg dibuat, bkn tergempar mana pun kerana, kalau tergempar, mesti gaya percakapan akan serius dan bukan dengan hilaian gelak tawa yang mengilai2!! Kalau tergempar pun, xkanlah setiap hari xkira pagi, petang atau malam...

Setiap hari, mesti kerusi PARLIMEN POKOK CERI akan penuh dgn MAK2 MENTERI. Dengan suara yang lantang PENDEKAR AMINAH MULIA memulakan bicara, seawal pg lagi, menyeru agar MAK2 MENTERI berkumpul di BAWAH POKOK CERI dihadapan rumah ku...suara PENDEKAR AMINAH MULIA yg rumahnya disebelah kanan kediamanku, mula bergema memanggil MENTERI disebelah kiri kediamanku. Dengan sahutan yg menggegarkan, menyebarkan berita persidangan itu pula kepada MENTERI2 yang lain...hal sebegini, sudah menjadi dan memberikan halwa kepada kedua2 telingan kami masing2.

Aku kadang kala naik hairan apabila, setiap masa mereka pasti akan berkumpul di situ...selesai kelas pd waktu tghr pun mereka masih lagi duk tergelak ketawa sama2..bila masa mereka memasak utk suami dan anak2 yang bakal pulang dr tempat kerja atau balik dr sekolah pun aku tak tahu..rancak benar persidangan mereka, kemudian akan disusuli dgn gelak tawa dan hilaian yg kadang2 kami sendiri lucu mendengarnya...kami pernah juga terfikir, perihal atau soal apa yang sebenarnya menjadi pilihan mereka setiap kali berkumpul...adakah soal EKONOMI DUNIA yg MERUDUM, mampukah OBAMA memegang tampuk BUSH, mampukah warga GAZA membangun kembali, PEMANASAN GLOBAL, KEBAKARAN di AUSTRALIA, soal DERHAKA pada SULTAN, KARPAL yg mahu MENYAMAN SULTAN, soal ANAK BLAJA dalam BAHASA INGGERIS bla bla bla.... (sekadar memetik beberapa peristiwa). Tapi, mengapa perlu ada gelak tawa? Atau mereka sedang berbicara pasal org kg sebelah, anak si polan bin si polan, laki pompuan 2 ada pompuan lain...(owh, xberani pula aku nk tulis kat sini, takut nnt dituduh serkap jarang pula)..

Tu soal persidangan yg berlangsung, setiap hari juga kami mesti mendengar si ibu akan memarahi anak2nya, itu mungkin perkara lumrah dan menjadi kebiasaan dalam mengajar anak...tetapi perlukah dengan pekikan yang kuat sehinggakan dpt didengari oleh org lain? Kemudian mesti ada sesi pukul memukul, kesian bila melihat anak2 kecil itu meraung kesakitan..dimangga pintu pagar dan disendal pula dgn batu untuk menghalang anak2 dari keluar untuk bermain dengan rakan2 sebaya yang lain..ntahlah aku sendiri tidak faham..ye la, makin ramai manusia, makin byk ragamnya...

Kini, sudah setahun lebih aku kat TLB, tension ini kadang2 makin memuncak bila tiba due date untuk submit asgment, kuiz or test n time study week untuk final exam..pada waktu tu, ingin benar hendak di SOUND kepada MAK2 MENTERI agar membuat penangguhan persidangan untuk memberi ruang dan ketenangan kepada kami…tapi, apa boleh buat…kami tidak mahu pula dituduh bersikap KURANG AJAR!!

SABOR AJO LAH....!!!

Monday, March 2, 2009

Maaf...

Udah lama benar blog ni xdiisi dengan naskah2 yang baru...bukan ape, byk benar yang perlu dibereskan...selepas satu kerja, kerja yang lain pula yang datang..sem ni, dirasakan agak rushing dan memaksa diri ini utk sentiasa push dengan kerahan tenaga yg byk dan aku dapat merasakan yang sem ni nasib aku agak malang sedikit kerana research yang ingin dilakukan sentiasa ada halangan...tetapi, ALHAMDULILLAH...dgn adanya ahli2 kumpulan yang berdedikasi, satu2 assgmnt dpt dijayakan..harap2 agar asgmnt yg dilakukan mendapat perhatian dan dpt menarik hati lect..InsyaALLAH..
Skrg ni (jam 2.35pg, isnin 020309) aku sdg cuba utk mnyiapkan article review utk subjek Quality Management..agak pusing kepala la juga...asgmnt ni, asgmnt individu...dgn hnya mggunakan satu otak utk menjayakan kajian yg agak detail, mmbawa aku sentiasa rasa fedup n nk give up..da la, kureng faham dgn ape yg dibaca, nk kena ada pelbagai rujukan utk mmperkukuhkan lg kajian, nk karang ayat plak tu, tunggang langgang la jawabnya..ye la otak oxford n harvard katekan!!...arghhh, tensen!! aku da bosan, aku dan bosan, aku daaaa bosaaaan!!...tp, aku msti btul2 kena lakukan jg, sbb seluruh ahli keluarga aku meletakkan harapan yg tinggi dan sepenuh kepercayaan mereka kpd aku agar aku berjaya....! yesh...chaiyok2!!
Selepas article review (dateline 050309) my grup n aku kn bt research utk subjek Ethics plak..hurmmm...tempat pilihan da ada, cuma kelapangan masa belum mengizinkan utk melakukannya..InsyaALLAH akan disegerakan.
Jadi, pohon kemaafan kepada pembaca2 n pelayar2 blog ini kerana skrg aku msih blum berkesempatan utk mencoret dan melakari kata2 didalamnya..kerana, aku percaya..utk mghasilkan satu2 naskah yg indah memerlukan masa, ketika dan suasana yg penuh dgn ketenangan dan kenyamanan agar naskah yg terhasil tidak jemu dan sentiasa menjadi pilihan dan terpahat dilubuk sanubari...InsyaALLAH, selepas ini...byklah naskah2 yg terhasil..
ASSALAMUALAIKUM...