Saturday, May 23, 2009

--Mother's LOVE-->

Assalamualaikum...sebenarnya entry ni aku tulis da lama (060509 <--sblm MOTHER'S DAY), tp mls nk post lg coz nk tgk bahangnya smpai mana...yela kan, sempena hari ibu, rmai yg telah post pelbagai entry dlm blog msg2, skrg hari ni (290509) br aku nk post ke blog aku ni...

"Mother's LOVE is FREE for LIFE"

Petikan ayat tersebut dipetik sempena iklan yang dipaparkan melalui 8TV. Ya, aku memang bersetuju benar dengan petikan tersebut, kerana dengan limpahan kasih sayang yang dicurahkan oleh insan yg bergelar IBU telah mampu mencorak dan membentuk kita untuk bergelar insan yang berguna. Tidak pernah sekali dia berkata, "KASIH SAYANG YANG AKU CURAHKAN INI HARGANYA.........", tapi cukuplah dibayar dengan TERTIB TINGKAH LAKU, JUJUR DLM PELBAGAI PERKARA, AMANAH DENGAN KEPERCAYAAN DAN TANGGUNGJAWAB, IKHLAS DENGAN SETIAP PERKARA YANG DILAKUKAN, SENTIASA MENJAGA NAMA BAIK DAN MARUAH KELUARGA serta SENTIASA TAWADUK DAN BERPEGANG TEGUH DGN AGAMA dan yang penting MELAKUKAN SETIAP AMALAN YANG DISURUH DAN MENINGGALKAN PERKARA YANG DILARANG OLEH ALLAH SWT.

Aku masih
ingat dan akan sentiasa ingat iaitu, semasa IBU ku sedang dirawat di hospital, apa yang dia fikirkan adalah makan minum kami...dia bertanyakan aku pada masa tersebut pukul berapa, dan aku menjawab sekarang pukul 11:30tghr..lepas tu dia berkata "AMAR masaklah sendiri nanti, MEK (panggilan utk ibu ku) tak larat nk masak!" aku sungguh terharu kerana tanpa mengira sakit yang menimpa diri, dia tetap mahu untuk menguruskan perihal yang sentiasa dilakukan setiap hari..dan sekarang, aku sentiasa rindukan setiap masakan dan hidangan yang disediakan olehnya...tapi, apakan daya....semuanya manjadi kenangan...

"SYURGA di bawah TELAPAK KAKI IBU"

Aku tak paham apabila smpai usia tua pasti ramai anak2 akn menghantar ibu2 mereka ke rumah2 org tua utk dijaga oleh org lain...benarlah kata org dulu2 "anak 10 boleh dijaga oleh ibu seorang, tapi ibu seorang bukan main susah untuk dijaga oleh 10 anak itu"...padahal mereka sering kali mendengar kata2 SYURGA ITU DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU. Ibu ku pernah berkata "Setitis air mata ibu yang gugur dek kelakuan anak yang menyinggung perasaan seorang ibu, maka tak bau syurgalah anak itu"....aduh, amat berat sekali apabila difikirkan kerana apa yang dilakukan perlulah mengambil kira banyak pihak agar masing2 tidak terluka, tersinggung dan kecewa dgn segala perlakuan kita, terutama ibu kita sendiri...

Sahabat Rasulullah SAW bernah bertanya kepada baginda, "siapakah yang berhak dihormati dan disanjungi selepas ALLAH SWT dan Nabi Muhammad SAW?" baginda menjawab dengan pantas..."IBUMU", kemudian "IBUMU", kemudian "IBUMU", kemudian barulah "BAPAMU"...disini jelas, bahawa amat tinggi darjat seorang IBU dan haruslah sentiasa dijaga hatinya agar sentiasa bahagia....

SELAMAT HARI IBU BUAT IBUKU ALLAHYARHAMAH HASNAH BINTI WAHAB...

"Ya ALLAH, lindungilah ROH IBUKU, tempatkanlah beliau dikalangan roh2 para syuhada yang tinggi darjatnya disisiMU...sayangilah IBUKU sebagaimana dia menyayangi dan mengasihaniku dari aku sebesar telapak tangan, hinggalah aku meningkat dewasa"

SELAMAT HARI IBU BUAT IBU2 DISELURUH DUNIA...

p/s: nnt akan dipostkan sempena HARI GURU dan HARI BAPA...wait ok..

ASSALAMUALAIKUM...