Saturday, January 17, 2009

Entahla...

Hampir seminggu blog ini tak diupdate, bkn dek malas tp tiada apa yg menarik untuk dikongsi...sudah puas memikirkan apa yang yang sesuai untuk dikongsi, aku masih buntu..melihat ruangan milik teman2 sentiasa mempunyai naskah2 yang baru membuatkan aku cemburu dan iri hati...tapi kali ini biarlah jari2 yang menari tanpa arah dan tujuan ini menentukan sejauh mana susur galur naskahku ini...

Ingin aku berbicara soal peristiwa yang berlaku dikampus sepanjang minggu ini, tp teman2 ku yang lain telah pun mengemukakannya, jadi tak perlulah aku terus menerus memperkatakan ttg kesibukan perjalanan pilihanraya yang berlangsung..cuma ingin juga menyentuh sedikat perihal senario disini yg agak pelik kerana boleh dikatakan pembahagian kerusi dilihat tidak begitu seimbang yang mana hanya wakil tunggal untuk course kami "dihantar" bg bersaing dengan tiga lagi penjuru dari pelajar2 diploma..setiap pelajar perlu mengundi dua org calon..kami pelajar2 ijazah yang "cinonet" ini sudah dpt membayangkan kesukaran kami untuk mengangkat wakil tunggal bg mewakili course kami, kerana jika undi kedua diberikan kepada wakil diploma, ia bakal menambahkan undi mereka..justeru agak payah untuk mengangkat wakil kami..bagaimana nasib kami dpt dibela? Cuma diharap agar yang terbaik bakal terjadi, dan wakil tunggal kami dpt menempatkan diri sebaris dgn JPP/MPP yg lain...

Itu senario untuk pemilhan calon JPP/MPP, bagaimana pula dgn senario kelab kami sendiri? Sesibuk perang poster dan manifesto yang berlangsung, kelab kami jg sibuk untuk mengadakan hari pembuangan undi bg memilih calon yang layak (kononnya) bg mengambil alih tampuk kepimpinan yang lepas..agak pelik jg bagi aku yang pernah melalui proses pengundian sebelum ini (dikampus dan persatuan yang lain) kerana, dapat dilihat tujuan sebenar proses pembuangan undi ini sekadar mahu mengaburi pihak2 lain bg menunjukkan sistem demokrasi yang begitu utuh msh lg diamalkan..tp yg tersurat, susur galurnya telah pun ditetapkan, justeru dimana kewajaran proses pembuangan undi ini dijalankan?

Entahla, aku tidak berani untuk komen ttg itu dengan pnjg lebar..takut2 nnt ada yg tidak puas hati dan membawa hal ini ketengah...xpasal2 aku dikenakan tindakan! Itu sekadar pendapat dan pandangan aku sahaja kerana sebelum ini pernah melalui pengalaman sedemikian. Walaupun, byk yg ingin diluahkan, tp biarlah ia terus terbuku dihati..kerana byk hati yg perlu dijaga..

Arghhhh....huh, sudah terang lg bersuluh, aku sudah menyatakan ttg aku tidak mahu menyentuh perihal peristiwa yg berlaku dikampus dan mmg tidak berhajat untuk membicarakannya kerana teman2ku yg lain sudah membawa hal ini untuk dikongsi, tp naskah kali ini aku ttp teruskan kerana bertujuan untuk aku sama2 turut berkongsi pendapat dan pandanganku (jgn marah ek)...

No comments:

Post a Comment