Monday, June 29, 2009

HAPPY TEACHER'S DAY

Assalamualaikum....
Dengan rendah diri dan melalui ketulusan hati ini...ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada setiap insan yang bergelar PENDIDIK kerana telah mengajar dan mendidik diri ini untuk bergelar seorang insan yang berguna....InsyaALLAH..

Aku memulakan persekolahan pada usiaku 6 tahun dan memulakan sesi persekolah di Sekolah Kebangsaan Cherang Ruku tetapi tidak dapat menghabiskan Tahun 1 kerana waktu tu aku hanya "menumpang" dan mengikut abang sulungku yang mengajar di sekolah berkenaan...kerana abangku terpaksa berpindah ke sekolah lain, maka aku pun berpindah jugala...balik ke kampung halaman gitu!!...huhuhu...walaupun begitu, aku masih igt bahawa waktu itu aku sudah pandai membaca dan mengira dengan lancar walaupun bersekolah dlm tempoh yang singkat dan tidak mendapat pendidikan awal di mana2 tadika, taska...or prasekolah.

...TERIMA KASIH CIKGU...
CIKGU ROSNANI (guru kelas di SK Cherang RUKU)....terima kasih kerana MENCUBIT PERUTKU apabila aku tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan. Hasilnya, setiap kali pulang dari sekolah, terlebih dahulu aku akan memastikan kerja sekolah disiapkan sebelum keluar bermain dgn kawan2 sekampung yang lain...Alhamdulillah, aku selalu mendapat pujian dari cikgu kerana sentiasa menyiapkan kerja yang diberikan...
CIKGU AMINAH (guru kelas di SK Gaal, Tahun1)...terima kasih kerana dapat melihat sifat kepimpinan yang ada dalam diri aku apabila memberi amanah kepadaku untuk menjadi ketua kelas. Pada masa yg sama, aku juga diberi amanah untuk membantu rakan2 sekelas yang lain sewaktu sesi pembelajaran, memandangkan aku sudah pandai membaca dan mengira dgn baik dan lancar pada ketika itu...dgn, sifat kepimpinan yang dilatih sedari awal, akhirnya aku dilantik menjadi KETUA PENGAWAS di sekolah itu.

USTAZAH MAZIAH (guru agama Islam dan jurulatih pertandingan bercerita)...sejak dari sekolah, mmg aku aktif menyertai pelbagai pertandingan...antaranya, bercerita, bersajak, berpidato dan pelbagai lagi...terima kasih diucapkan kpd ustazah kerana melihat adanya bakat yg kecil dalam diri aku utk digilap. Sebelum aku mengambil tempat peserta sebelum aku, ustazah sentiasa membawa aku ke setiap pertandingan utk melihat dan mencari pengalaman bagaimana pertandingan tersebut diadakan...Alhamdulillah, aku mampu untuk keperingkat negeri utk pertandingan bercerita kisah2 para nabi dan rasul. Sewaktu menyiapkan diri utk menempuh peperiksaan UPSR, pihak PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) menghantar surat kepada ku melalui sekolah utk menghantar aku menjadi wakil pertandingan bercerita peringkat kebangsaan bertemakan Kepahlawanan Melayu. Aku cuba menolaknya, memandangkan tarikh pertandingan terlalu hampir dgn UPSR, tetapi tidak diterima. Walaupun kecewa, aku cuba memberikan saingan, tetapi ternyata rezeki tidak berpihak padaku. Lebih mengecewakan apabila, aku mendapat keputusan UPSR yang kurang membanggakan! walupun begitu, aku bersyukur kerana melalui pertandingan tersebut, melatih aku utk lebih berkeyakinan!

TEACHER RAJA NURAZIZAH (cikgu bahasa inggeris)...thank you teacher..kerana mendenda aku apabila tidak lulus peperiksaan bulanan. Aku dan kawan2 yang lain didenda menjunjung kerusi dan terpaksa mengelilingi bangunan sekolah! Dengan perasaan yang malu itu menyedarkan aku untuk berusaha dgn lebih kuat utk berjaya. Akhirnya, aku berjaya membuat Teacher Raja Nurazizah berasa bangga dgn pencapaian yang sentiasa meningkat. Semasa aku belajar di peringkat diploma dulu, aku terpilih utk menyertai Program AlFalah, iaitu satu program utk mengajar Bahasa Inggeris kepada pelajar2 Tahun5 di sekolah2 sekitar Kelantan (Anjuran UiTM Kelantan bersama Yayasan Kemiskinan Kelantan). Aku terpilih utk mengajar di bekas sekolah aku sendiri, yg mana dahulu aku didenda kerana gagal dalam bahasa tersebut setiap kali peperiksaan, diberi kepercayaan oleh pensyarah bahasa inggeris ku, Puan Wan Aida untuk memikul tanggungjawab tersebut! Alhamdulillah, ramai diantara bekas pelajar ku mendapat keputusan yang membanggakan dan ada yang mendapat A utk UPSR!! Progaram tersebut mendapat sokongan yang padu oleh pihak sekolah apabila ia terbukti mampu membantu menaikkan peratusan kecemerlangan para pelajar.

CIKGU NAJMI, CIKGU MOHD HATTA dan CIKGU AHMAD TERMIZI (jurulatih sukan)..terima kasih cikgu kerana bersungguh2 melatih aku utk bergelar atlet...sewaktu minggu pertama menjejakkan kaki ke sekolah (SMK Gaal), Cikgu Najmi menegurku dan ada menanyakan samada aku berminat dlm bidang sukan atau tidak dan menyuruhku utk "turun padang" pd waktu petang untuk sesi latihan. Aku diserapkan dalam program tunas cemerlang dan acara pilihan ialah lompat tinggi dan lompat kijang, disamping acara yang lain iaitu lari berpagar, lompat jauh dan larian 400m...dan bergelar seorang atlet sekolah selama 4 tahun (tingkatan 1-4).

CIKGU YUROZIAN (kemahiran hidup), CIKGU MAT NASIR (matematik moden) dan CIKGU NORHAMZAH YA (matematik tambahan)...untuk sabjek kemahiran hidup dan matematik moden, cikgu meletakkan harapan yang tinggi kepada kami para pelajar. Setiap org akan diberi markah utk dicapai setiap kali peperiksaan, sekiranya gagal akan didenda..bilangan denda adalah bergantung kepada bilangan markah yang belum cukup (target). Utk kemahiran hidup aku juga tidak terlepas penangan denda dirotan dengan getah paip di bahagian betis!! pedihnya tidak terkira! manakala, acara "penyampaian" denda utk matematik moden lebih kurang, tetapi lebih sadis kerana jari jemari kami akan diketuk dgn satu perbaris besar sekiranya target tidak dicapai!!! aku paling lemah dalam matematik tambahan, dan pernah mendapat kosong markah apabila peperiksaan...tetapi tidak mematahkan semangat Cikgu Norhamzah utk mengajar...diadakan kelas tambahan secara percuma utk kami bg memastikan kami lulus dan berjaya bg subjek tersebut. Walaupun mengalami "jerih dan perih" bg subjek tersebut, aku mampu berbangga apabila mendapat A bg KH dan Matematik moden. Utk, matematik tambahan, aku juga mampu tersenyum apabila subjek tersebut lulus!!

CIKGU KAMARUDDIN (cikgu bahasa melayu dan guru kelas tingkatan 5)...terima kasih kerana byk mengajar ttg pelbagai perkara. Beliau jg merupakan cikgu yang bertanggungjawab membawa aku mengenali arena syarahan, perbahasa, pidato, forum, sajak, pantun dan pelbagai lagi. Dgn asas yang ada pada peringkat sekolah rendah dulu, sedikit sebanyak menyemarakkan lagi semangatku untuk mengenali dan menceburkan diri dalam pelbagai bidang. Semasa pertandingan sajak belia peringkat negeri Kelantan, cikgu bertanggungjawab mengambil dan menghantar aku setiap hari utk menjalani latihan dan menghantar ke tempat pertandingan pada waktu malam. Alhamdulillah, aku byk menimba pengalaman kerana aku sebagai amatur sama2 dapat bertanding dgn mereka yang lebih professional, lebih menggagumkan aku turut dipuji oleh seorang hakim yang berpengalaman mengadili peserta peringkat kebangsaan dan tertarik dgn cara penyampaian aku. Walaupun tidak bergelar johan, namun aku tetap bersyukur dan berpuas hati dgn pencapaian diri.

------Hanya Beberapa Kisah----->

TERIMA KASIH CIKGU!!!

Disini, ribuan dan jutaan TERIMA KASIH kepada cikgu2 yang pernah mengajar aku selama ini. Semenjak dari sekolah rendah (SK Cherang Ruku dan SK Gaal), sekolah menengah (SMK Gaal), dan para pensyarah (UiTM Machang - Diploma, UiTM Kedah - Ijazah). Segala jasa dan pengorbanan tidak mampu untuk dibalas. Namun diri ini sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan para pendidik sekalian agar sentiasa dilindungi oleh sayap2 Malaikat Allah dalam apa jua perkara yang dilakukan serta sentiasa dirahmati Allah dunia dan akhirat...

Jasamu sentiasa dikenang.....Terima Kasih!

Bermuhasabah Diri...

Assalamualaikum...
maaf kerana terlalu lama xupdate blog ini...
bukan apa, dek kerana kesuntukan masa yang menghambat diri tidak terlalu membenarkan diri ini untuk ke mana2..satu perkara lagi, laptop aku buat hal...da bleh buat tukun kat laut kot...huhuhu...(bile la nk kaye ni, leh beli byk2) <-------------hahahahaha...
Life semasa cuti, agak busy...selama 2 minggu kebelakangan ini anak buah aku masuk hospital kat KB...leh dikatekan hampir setiap petang aku akan ke hospital disamping membawa kakak iparku bersama kerana kadang kala hampir setiap hujung minggu abang aku akan menghadiri kem belia kerana dia salah seorang fasilator kat Kelantan ni...so, sedikit sebanyak aku mengambil tugasnye untuk menghantar kakak iparku ke hospital...dan Alhamdulillah anak buah ku dah dibenarkan pulang semalam (280609-ahad)
Bercakap mengenai result yang kuar pada 110609 yang lepas, sebenarnya agak mengecewakan.. :-( nampak gayanya badi semasa diploma dulu masih belum hilang lagi...semester baru akan bermula awal bulan depan, rasanya aku masih lagi blum bersemangat untuk memulakan sesi baru..ntahla, sejak dua menjak ni, byk perkara yang bermain dalam fikiran dan kadang kala menerjah perasaan...kesannya ----> maaf kepada kawan2 dan teman2 yang cuba menghubungi (call n sms) yang tidak berbalas...kerana aku sengaja tidak mahu menerima panggilan dan membalas sms kalian...kerana mahu bermuhasabah diri...sekarang InsyaALLAHsegala call n sms kalian akan cuba diterima...sbb LIFE MUST GO ON!!
Dalam entry sebelum ni, ada menyatakan yang akan postkan entry mengenai hari guru dan hari bapa, aku masih ingat lagi janji tersebut dan InsyaALLAH akan postkan dalam waktu yang terdekat..
p/s: Taman Lembah Bujang wait 4 me...huhuhu...