Wednesday, January 7, 2009

Laskar Pelangi....

Hari yg memenatkan..ye lah, dr kul 8pg smpai kul 6ptg klas aku!....
sem ni mmg pack gile jadual aku..leh dikatekan setiap hr dr kul 8pg smpai lewat ptgla..
penat mmg penat, but org ckp...this is the price that i should pay if i want 2 success...cuma agak bernasib baik, hari khamis aku leh ENJOY!! yelah, sanggup msk klas A semata2 membolehkan aku free hr khamis..so, leh ar berlibur lama ckit di hujung minggu...

Today, most of the my class, i felt very sleepy...tp juz hold je la takut2 terlena..yg xtahan 2 leh smpai menguap lg tu...so, pndai2 ar cover..huhuhu..mana taknye, kot2 jatuh air muka ku yang manis lg menggiurkan ini tetibe tidur dalam kelas....huhuhuhu...statement PERASAN namenye ni...

Klas hari ni dimulakan dgn klas Al-lughatul al-arabiah <---- bahasa arabla maknenye...seawal kul 8pg, smpai je ke klas ustaz da sedia nk mengajar...rs da awal aku gerak pg td, tp mcm biasa akulah yg ttp mnjadi org yg last smpai ke kelas...(most of the class)..dalam klas pg td ustaz tunjuk laman web pasal kekejaman rejim zionis yakni si yahudi laknatullah menyerang negara seagama GAZA...ape motif mereka mnyerang? nk memerangi keganasan atau sekadar menunjuk kuku dan taring yang kotor itu kerana mampu untuk menghirup darah dan "merampas" nyawa dri badan mereka yg xberdosa?

Aku (yang mana xla hebat mana ilmu agama berbanding dgn org lain), percaya...mana2 agama yang wujud dalam dunia ini amat benci dengan kekejaman, peperangan dan pembunuhan...tp mengapa msh ada segolongan yg kononnya agama mereka berada di landasan yang betul sanggup bertindak sedemikian rupa? Apabila, masuk kekelas international relation dgn En. Mujibu ptg td, baru aku faham, iaitu kesemua mereka sebenarnya perfikiran realist kerana mereka percaya yg dalam dunia ini tiada undang2, dan menurut mereka kesemua teori yang mereka ada merupakan satu tindakan yang rasional, maka terbentuklah perasaan pentingkan diri sendiri, tamak haloba dan kerakusan ibarat syaitan durjana....

Akhirnya, apa yang mereka dapat? Aku percaya, mereka tetap mengalirkan air mata apabila melihat warga tua, anak2 kecil dan kaum wanita (mereka2 yang patut dilindungi semasa perang), bergelimpangan layu dan tidak bernyawa! tetapi, linangan air mata mereka gugur bersama gelak tawa, bukannya kesayuan dan perasaan perikemanusiaan yang sepatutnya mereka rasa, sebaliknya perasaan yang bagai kerasukan dan keseronokan apabila mampu merampas ibu bapa kepada anak2 kecil, isteri tercinta dari suami mereka dan begitulah sebaliknya...

Tapi, mengapa dengan tajuk kali ini...Laskar Pelangi?----> ntahla, aku pun xtau! huhuhu..tp apabila mghayati bait2 indah lagu tersebut, "menarilah dan terus tertawa, walau dunia tak seindah syurga, bersyukurlah pada yang kuasa, cinta ini didunia...selamanya..." bagai tidak kena, kerana melihat apa yang berlaku disekeliling kita pada hr ini...ibarat cinta tidak lagi wujud! Jika masih ada perasaan berkasih sayang dalam setiap insan, nescaya peperangan dan kekejaman yang berlaku dapat dielakkan..seterusnya tarian tidak akan lagi pincang, deraian hilai tawa tidak semuram sekarang, dan kita mampu untuk hidup bahagia....justeru, dengan harapan tiada lagi pertumpahan darah dan seterusnya seluruh umat manusia dapat bersatu padu...InsyaAllah...(tapi bila dan bagaimana?) hanya DIA yang maha mengetahui...

No comments:

Post a Comment