Sunday, March 29, 2009

SESUMPAH + MENYAMPAH = AKU MENYUMPAH?

Kali keberapa aku MENYUMPAH,
Setiap kali aku MENYAMPAH,
Melihat beberapa ekor SESUMPAH.

Bukan aku marah dan bengang dengan SESUMPAH,
Tetapi mengapa akhir-akhir ini seringkali aku MENYAMPAH?
Terus tanpa disangka-sangka aku MENYUMPAH.

Mana taknya, setiap kali SESUMPAH bertingkah,
Warnanya seringkali berubah,
Senyuman sinis sesekali mencelah,
Ketawa pula berdekah-dekah,
Mencari dan mengorek cerita mengalahkan Mak Bedah,
Propa dicipta macam orang yang tak bersalah,
Dicanang sana sini macam hakim mahkamah syari’ah.

Jadi, mengapa tidak boleh aku MENYAMPAH?
Kerana dah bosan dan jemu dengan pelbagai helah,
Watak dan lakonan yang dilakukan oleh SESUMPAH,
Tapi bukan maksud untuk MENYUMPAH,
Kerana hati dan perasaan ini seringkali lemah,
Tidak tertahan dengan pelbagai tohmah,
Yang digendong oleh SESUMPAH.

Didepan kita, belum sempat semut termengah-mengah,
Sanggup diberikan pernafasan mouth to mouth,
Tapi dibelakang, digelicik dan dijentiknya gajah,
Gajah tergolek, ditepuknya dada tanda bermegah,
Begitulah gayanya SESUMPAH,
Alim yang ditunjukkan membuatkan aku MENYAMPAH,
Tetapi perangai sebenar NAUZUBILLAH,
Tapi mulutku tetap cabul untuk MENYUMPAH.

Tapi aku yakin semua itu ada hikmah,
Kerana manusia dicipta sebagai khalifah,
Diuji manusia untuk mencari dimana dia tabah,
Untuk mendapat syafaat dari ALLAH….

chuhasda.blogspot.com
(Sunday29032009-1952pm)

1 comment:

  1. sumtime kita kena tahu sesumpah ni ader gunanya.. sebab ia akan membuat kita berfikir jauh.. but sometimes sesumpah ni memang menyusahkan kita... Menyampah betulkan???

    ReplyDelete