Tuesday, March 10, 2009

Di TLB, Persidangan POKOK CERI…!

Sekadar meminjam situasi yang berlaku disekeliling (PERSIDANGAN POKOK MEMPELAM)...tetapi, bukan itu yang aku mahu coretkan disini, tetapi mahu berkongsi apa yang berlaku dipersekitaran tempat kediamanku ini..

Tuan rumah ku pernah berpesan agar jgn buat bising, kerana jiran2 sekeliling mempunyai anak2 yang masih kecil, atau dengan kata lainnya mempunyai BABY. OK, it is very da small matter. Aku sekadar memberi jaminan, kerana aku tahu siapa diriku sebenar dan teman2 serumahku yang lain....tapi, lama kelamaan aku n teman2 yg lain pula yg merasakan keTENSIONan apabila berada di sini...sebab apa? Kerana kami pula yang merasakan peringatan tersebut perlu diutarakan kepada jiran2 kami sendiri sebenarnya!!

Oleh kerana jiran2ku ini msh muda, byk masa yang mereka habiskan membuat persidangan, persidangan yg dibuat, bkn tergempar mana pun kerana, kalau tergempar, mesti gaya percakapan akan serius dan bukan dengan hilaian gelak tawa yang mengilai2!! Kalau tergempar pun, xkanlah setiap hari xkira pagi, petang atau malam...

Setiap hari, mesti kerusi PARLIMEN POKOK CERI akan penuh dgn MAK2 MENTERI. Dengan suara yang lantang PENDEKAR AMINAH MULIA memulakan bicara, seawal pg lagi, menyeru agar MAK2 MENTERI berkumpul di BAWAH POKOK CERI dihadapan rumah ku...suara PENDEKAR AMINAH MULIA yg rumahnya disebelah kanan kediamanku, mula bergema memanggil MENTERI disebelah kiri kediamanku. Dengan sahutan yg menggegarkan, menyebarkan berita persidangan itu pula kepada MENTERI2 yang lain...hal sebegini, sudah menjadi dan memberikan halwa kepada kedua2 telingan kami masing2.

Aku kadang kala naik hairan apabila, setiap masa mereka pasti akan berkumpul di situ...selesai kelas pd waktu tghr pun mereka masih lagi duk tergelak ketawa sama2..bila masa mereka memasak utk suami dan anak2 yang bakal pulang dr tempat kerja atau balik dr sekolah pun aku tak tahu..rancak benar persidangan mereka, kemudian akan disusuli dgn gelak tawa dan hilaian yg kadang2 kami sendiri lucu mendengarnya...kami pernah juga terfikir, perihal atau soal apa yang sebenarnya menjadi pilihan mereka setiap kali berkumpul...adakah soal EKONOMI DUNIA yg MERUDUM, mampukah OBAMA memegang tampuk BUSH, mampukah warga GAZA membangun kembali, PEMANASAN GLOBAL, KEBAKARAN di AUSTRALIA, soal DERHAKA pada SULTAN, KARPAL yg mahu MENYAMAN SULTAN, soal ANAK BLAJA dalam BAHASA INGGERIS bla bla bla.... (sekadar memetik beberapa peristiwa). Tapi, mengapa perlu ada gelak tawa? Atau mereka sedang berbicara pasal org kg sebelah, anak si polan bin si polan, laki pompuan 2 ada pompuan lain...(owh, xberani pula aku nk tulis kat sini, takut nnt dituduh serkap jarang pula)..

Tu soal persidangan yg berlangsung, setiap hari juga kami mesti mendengar si ibu akan memarahi anak2nya, itu mungkin perkara lumrah dan menjadi kebiasaan dalam mengajar anak...tetapi perlukah dengan pekikan yang kuat sehinggakan dpt didengari oleh org lain? Kemudian mesti ada sesi pukul memukul, kesian bila melihat anak2 kecil itu meraung kesakitan..dimangga pintu pagar dan disendal pula dgn batu untuk menghalang anak2 dari keluar untuk bermain dengan rakan2 sebaya yang lain..ntahlah aku sendiri tidak faham..ye la, makin ramai manusia, makin byk ragamnya...

Kini, sudah setahun lebih aku kat TLB, tension ini kadang2 makin memuncak bila tiba due date untuk submit asgment, kuiz or test n time study week untuk final exam..pada waktu tu, ingin benar hendak di SOUND kepada MAK2 MENTERI agar membuat penangguhan persidangan untuk memberi ruang dan ketenangan kepada kami…tapi, apa boleh buat…kami tidak mahu pula dituduh bersikap KURANG AJAR!!

SABOR AJO LAH....!!!

1 comment:

  1. heee... paham2 pakcik.. ammar.. tuu laa makcik ajak pindah kat sebelah umah amkcik ary tuu tak nak heee... ala pak chick kat umah mak cik pun ader gak port "PARLIMEN POKOK CERI" tak henggat mak2 menteri ini bersidang tah laa apo masalah "donia" nyaa... yang menyebabkan persidangan itu berakhir apabila matahari abih duty dia kat malaysia nieee... dah gelap kalau tak .. kalah menteri2 kat parlimen tuu bersidang heeeee... sabo jaa lah muah

    ReplyDelete