Monday, February 9, 2009

IBU....Menangislah...!

Arwah IBU ku pernah berkata “Setitis air mata seorang IBU yang gugur dek kerana kebiadaban dan derhakanya seorang anak kepada IBUNYA, maka tiadalah keredhaan ALLAH untuk anak itu…”

Maka dengan itu, sering kali aku tersentuh melihat paparan yang berlaku disekelilingku pada masa kini. Kepelbagaiaan kerenah manusia yang memperlakukan kebiadaban yang jelas dan nyata pada wanita yang bergelar IBU. Dan apa yang diperkatakan oleh arwah IBU ku mmg benar, kerana kebiadaban dan kerakusan anak itu, sering kali memakan diri sendiri….akibatnya, segala percaturan hidup yang diidami tidak menjadi, segala apa yang dihajati, payah untuk dilalui dan segala apa yang diimpi, sukar untuk direalisasi…kadang kala, semua itu sudah berada didepan mata, tetapi dek kerana TUHAN itu MAHA KAYA, tetapi tidak mengurniakan KEREDHAANNYA kepada anak itu kerana derhaka kepada IBUNYA, maka mereka sering kali akan cepat tersungkur di setiap perjalanan hidup mereka…

Mengapa perlu mempersoal dan menafikan segala pengorbanan yang diberikan oleh seorang IBU sehingga menyebabkan dia sering menitiskan air mata disebabkan oleh perlakuan kita? Bagiku amat berat bebanan yang perlu ditanggung olehnya…Kerana ALLAH menciptakan seorang wanita untuk bergelar seorang IBU dengan penuh kesempurnaan…

DIA menciptakan bahu bagi wanita dengan memberikan keutuhan dan kekuatan, agar dia mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya dan dapat untuk memikul segala bebanan itu dengan penuh kesabaran tanpa sekalipun menyuarakan keluhan, walaupun begitu bahu yang kuat itu memberikan kenyamanan dan kelembutan agar anak yang terlena dibahunya dapat menikmati mimpi2 yang indah tanpa sebarang gangguan…

DIA memberikan seorang IBU itu kekuatan agar dapat melahirkan bayi dari rahimnya, dari kekuatan yang ditunjukkan itu maka lahirlah kita walaupun kelahiran kita menyebabkan dia hampir kehilangan nyawa! DIA juga mengurniakan keperkasaan yang mampu untuk membuatkan seorang IBU itu untuk mampu bertahan dan pantang menyerah disaat semua orang disekelilingnya sudah mula berputus asa. Kerana apa? Kerana, ALLAH juga tidak lupa untuk mengurniakan kesabaran jiwa dan raga untuk IBU bagi merawat seluruh ahli keluarganya walaupun dirinya sendiri keletihan, kepenatan dan kesakitan tanpa menyuarakan keluh dan kesah. Tetapi mengapa kerap benar ibu akan menerima cercaan dan kejian dari seorang anak yang sedang membesar?

ALLAH menciptakan wanita itu dari tulang rusuk seorang lelaki…bukan dari tulang kepala untuk dijunjungi dan bukan juga dari tulang kaki untuk dipijaki..sebaliknya dari tulang yang dekat dengan tangan untuk dilindungi dan didakap rapi. Tapi tanpa kita sedari, ALLAH menciptakan wanita dengan tulang rusuk kerana, tulang rusuk itu mampu untuk melindungi setiap hati dan jantung agar tidak mudah terkoyak dan terluka. Sebab itulah seorang IBU dikurniakan perasaan peka dan kasih sayang yang begitu mendalam untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya sendiri. Tetapi sebaliknya, perasaan yang terluka itulah yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Tidak mudah untuk mengangkat tangan untuk memberikan pukulan dan tamparan pada anak, sebaliknya sentuhan yang diberikan itulah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

IBU….
Aku lebih rela melihat dirimu menangis, bukan kerana menangis dek kebiadaban dan sifat kurang ajar serta sifat derhakaku kepada mu! Tetapi kerana ALLAH mengurniakan bagimu air mata, agar kamu dapat mencurah dan meluahkan perasaanmu tatkala dirimu gembira, pabila keadaanmu berduka, bila situasimu berdepan kecewa dan walaupun langkahmu sukar memetik kejora....Air mata itulah yang khusus kepadamu, dan ia dapat digunakan pada bila-bila masa yang diinginkan. Tapi, ia bukan menggambarkan kelemahan padamu, kerana sebenarnya, air mata itu adalah “air mata kehidupan!”

AL-FATIHAH buat IBU ku HASNAH BINTI WAHAB (160845-130204)
~AKU AMAT MERINDUIMU~

2 comments:

  1. Sesungguhnya ibu adalah manusia yang paling mulia dalam kehidupan seorang anak kerana walau apapun yang terjadi, ibu akan tetap bertahan walau kadang-kala hatinya hancur lumat dan penuh dengan luka dan duka. Cuba bayangkan betapa sakitnya seorang ibu apabila anaknya menjadi derhaka. Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu, janganlah melukakan hati seorang ibu. Ibu, menangislah demi anakmu...dan menangislah demiku...

    ReplyDelete
  2. wahai saudaraku, update la blog kamu sebelum blog mengupdate kamu...huhuhu

    ReplyDelete