Saturday, January 31, 2009

East - North Journey!

Selepas memandu hampir 5jam dr kg, akhirnya aku smpai jua ke no74A Taman Lembah Bujang ini...agak penat jgla, dengan tempoh itu hnya mnggang KANCIL untuk mengharungi lebuhraya timur-barat yang mana terpaksa mendaki dan menuruni banjaran Titiwangsa dan sepanjang jalan terpaksa mengelak dr lubang2 yg terdapat di jalan tersebut (sekali-sekala mengelak dr tompokan sisa si gajah2 liar)...akhirnya Alhamdulillah aku sampai jua pada pukul 4ptg semalam (30jan09).

Dr kg. aku bawakan ole2 utk mmber2 ku...(kopok lekor n kuih akok) ----> sabar nooo klu yg blum dpt! huhuhu...melalui lebuhraya tersebut, menguji kesbaran dan skill memanduku (cheewah), yelah dengan laluan yg bengkang bengkok, naik bukit, turun bukit, elak lopak, sisa gajah n mcm2 lg...yg plg xsyok, bila mengekori lori n trailer!! dan yg paling mympah apabila bas dipandu laju dn membontoti rapat di blkg KANCIL ku yg cute ini, die yg besar senang aje cilok sana cilok sini padahal die sdg mmbawa byk nyawa didalam "pewot"nya itu...

Tp, perasaan menyampah itu kdg2 reda apabila terhidangnya pemandangan yg indah dan cantik..dengan banjaran titiwangsa yg kdg2 diliputi oleh kabus yang memutih, menyejukkan mata yg memandang..menyeberangi tasik banding yg luas terbentang, n bukit bukau yg tinggi menjulang...

Semalam, 1st time aku dapat menyaksikan dengan mata kepala ku sendiri iaitu SANG BELANG!! 1st time kerana aku dapat menyaksikan betul2 HARIMAU liar!! yg mana haiwan yg dikategorikan sebagai haiwan yg hampir pupus itu dan hnya tinggal seberapa shj dlm hutan MALAYSIA ini, salah seekornya memunculkan dirinye di lebuhraya itu, dan aku berkesempatan untuk melihatnya...

2 days in PERLIS...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...apa khabar anda semua? di harap agar anda sihat sejahtera di samping keluarga tersayang, teman-teman seperjuangan dan insan tercinta...semoga semuanya berada dibawah payung keredhaan ALLAH SWT. (igt time tulis surat masa dolu2) huhuhuhu...

Well, agak lama xupdate blog nih..bkn aper sronok duk bc blog2 member yg baru lahir, smpai aku sdiri xde idea nk mskkan entry dlm nih..so, welcome 2 makCHICK lyndaz n Nick Syahmi (nicky syarmila) <----huahuahuahua...

Skrg ni aku da ader kat KDH, slps hmpir smggu bercuti sempena raye cine (HAPPY CHINESE NEW YEAR n GONG XI FAT CHAI). Sblm aku blk kg, kami (makcik, judean, azroo da kangaroo n me) pegi ke perlis (g ke HPA industry kat kg jejawi) nk cr sources utk assgnment kami, time tu aper lg, msg2 jd muslim n muslimah sejati...msg2 control ayu (erkkkk) ms kat sn..tp sblum kiteorg g bt interview kat ctu, mlm sblmnye kite org jln2, leh dikatekan hmpir 1 perlis kami jajah. kami g msk UiTM Arau (sng jer msk, coz kete ku ade stiker UiTM), perghhh...mmg kat sane happening..mlm kat sana "HIDUP", so leh ar "cuci mate" sekejap dgn "pemandangan" kat sana...huhhuhuhu

Slps kuar dr UiTM, makcik bw kami pekena "western scramble", knyg pewot time tu...ye la, agak byk benda dlm satu pinggan tu -----> 2 keping dgg burger, scramble egg, roti, sosej, jagung, coslow...hurmmm, tp xper..leh dimasukkan lg dlm pewot ku ini sbb, lps tu kami g plak pekena CHAR KUEW TIAW...perghhh, meleleh..best siot..da la masing2 order yg special! udang sekor2...mmmmmmm, besr dan segar. da tu diletakkan telur separuh masak n tauge yg segar dlm satu pinggan yg besar....burrrghhhh..msg2 sendawa kekenyangan atas pangkin tmpat kami bersila 2..ms tu best la, msg2 meluahkan perasaan dan kesah2 sedih yg berlaku dlm diri..hurmm..

Sudah2..jgn duk layan prasan lebih2..opsss perasaan! kemana plak kami lps 2? huhuhuhu...makcik bw kami g tempat MENJAJ!! huahuahua..bestla tmpt 2, tp laut...dengan angin sepoi2 bahasa membelai rambutku yg lembut dan gemalai <---gn jari pon boleh!! chewahh..kat ctu byk kete yg "tersadai" tepi2 jln, entah ape yg dorang bt pun aku xtau..tp tempat yg kami tuju blum smpai lg...kami ke tandas awam!! kenapa? sebab makcik dan azroo da nk terburai!! huh...potong stim la plak!!! 2 la masing2 makan xhengat!!

Kami g naik menara <---ye ke menara? ntahla aku nk gelarkan ape pun aku xtau..dengan angin yg kuat..aku agak ketakutan....ceh..bkn aper..aku takot tinggi!! huahuahua..ye la time 2 angin kuat, dgn senang jer nak menolak aku yg cekeding ini (huhuhuhuhu) "gedebush" menyembah bumi!! kat ctu kiteorg juz snap2 gmbarla barang sekeping dua! (makCHICK, nk gambar2 tu). lps kat sana, kami pun blk umah..ye la, xmanis anak2 dara kuar lewat2 malam kan! eh, anak dara n anak2 teruna!! huhuhuhu

Haaa, sblm kami ke HPA Industry tu (interview 2 kul 3ptg), kami telah ke Padang Besar..kat sana aku xbli pape pun..juz beli kacang n belt jer..makcik plak bukan main lg nk bergaya ngan beg baru GUCCI lagi (GUCCI la sgt!!), judean lg vouge! siap beli teddy bear, spek itam, wallet n belt!! so, nnt die leh la bergaya dengan machonya sambil memakai spek itam n memeluk teddy bear!! huahuahua..azroo plak juz belikan beg untuk amy..siap ckp kat uncle yg jual beg tu yg die nk isi botol susu n lampin anak coz br dpt baby baru...padahal nk bodek uncle 2 untuk dpt hrga murah n leh dikatekan strategi 2 menjadi!! huhuhuhu...

Lps, 2 kami pulang ke rumah n siap2 untuk ke HPA Industry, nk kesana tu kami "makan langsat" jugala..coz msg2 baru 1st time nk kesana..tp Alhamdulillah, kami smpai n dptla amik informasi ttg ape yg kami mahukan..spt yg aku katekan di awal2 lg, kat sana semua control ayu, mkcik siap tudung litup lg! huhuhu..lps siap interview, kami pun blk n siap2 untuk pulang ke TLB semula...hajat nk stay sehari lagi (plannya nk ke langkawi plak), tp azroo nk kena pulang ke trengganu plak mlm tu..so, kami segera pulang ke TLB. Tp, sebelum tu, sempat gak la singgah di AS MALL, ya ALLAH..bkn main ramai org lg time tu..ye la, masa tu org2 cina sdg bt persiapan terakhir untuk menyambut hr raye!!

Akhirnya, kul 12mlm kami smpai kat TLB..sepanjang 2hr kat perlis, rasa seronok jgla..n akan kesana lg, utk mnjadi tempat persinggahan sebelum ke Langkawi...huhhuhu..insyaAllah..oh ya, terima kasih kepada MAK makcik kerana membenarkan kami "bersepah" dirumahnya...

Saturday, January 17, 2009

Menjaga HATI...

Dari aku segumpal darah, yang bernama HATI...dekat didada untuk dilindungi...untuk didakap dan dipeluk rapi...tapi kadang kala HATI membawa diri, meninggalkan jiwa yang terus sunyi, pabila diri tidak dipeduli...bukan merajuk HATI ini, tapi kadang2 ia perlu bersendiri...kerana, kekhilafan menyelubungi diri, tatkala jiwa terus jauh berlari, membawa ke lembah yang jurang dan tiada bertepi, menyebabkan HATI perlu memuhasabah diri...

Mengapa sukar untuk memahami HATI..kerana fikiran terus menyatakan itu, ini, begitu dan begini...tapi HATI terus memujuk diri, agar tidak terus diulit mimpi, kerana mimpi suatu yang tidak pasti...tapi jiwa tetap keraskan diri, kerana baginya ia bukan sekadar bermimpi kerana dihadapannya itu tetap realiti...tapi ternyata HATI itu benar sekali, kerana jiwa ini tertewas lagi...walaupun diri deras berlari, tapi kecundang jua yang ditemui...

Mengapa sukar untuk menjaga HATI...kerana darah itu terus mengalir didalam diri...lembutnya HATI, tenanglah diri...kerasnya hati membinasakan seluruh sanubari...jiwa terus memperhalusi, agar tidak meninggi diri, agar tidak menyombong diri, agar tidak berhidung tinggi agar tidak terus hanyut meninggalkan HATI...tapi, diri tetap jua jauh dari HATI, kerana baginya kolot benar fikiran HATI...kerana baginya cara itulah yang boleh memajukan diri, taktik itulah yang memartabatkan diri, helah itulah yang menyamatarafkan diri...tapi diri ternyata terlalai lagi, kerana dia lupa tatkala terbang tinggi, tiadanya dahan untuk berpaut lagi...akhirnya diri menyembah bumi...barulah diri mengakui, yang HATI itu benar sekali...tapi masih belum terlambat untuk menyesali, kerana ILAHI maha menyayangi, kerana ILAHI maha mengasihani...bersujudlah padaNYA selagi nafas belum terhenti...

Pangkat dan darjat perhiasan diri, tidak semahal sekeping HATI...apa yang pasti, peliharalah jiwa dan diri, agar tidak hanyut dilautan yang tidak bertepi, agar ia tidak terlalai lagi, agar ia tidak terus lena diulit mimpi, agar ia tidak terus terbang tinggi, kerana ia perlu saling diingati, agar untuk terus perpijak dibumi kerana itulah realiti...Jagalah diri, hiasi peribadi dengan sekeping HATI yang ikhlas dari lubuk dasar nurani yang tulus dan suci...