Friday, August 21, 2009

SELAMAT DATANG RAMADHAN..

Assalamualaikum...

Ramadhan datang lagi dengan membawa sejuta Kerahmatan dan Kemuliaan dari Yang Maha Esa. Bersyukur kehadratNYA kerana masih di beri peluang dan masih berkesempatan untuk menikmati dan mengecapi bulan yang mulia ini..

Ramadhan bukan sahaja mengajar erti kesabaran tatkala menahan diri dari lapar dan dahaga, tetapi turut sama mengajar kita agar dapat mengekang hawa nafsu yang menggila...ini kerana, segala syaitan dirantai untuk memberi peluang kepada semua umat manusia agar dapat menjalani ibadat puasa tanpa gangguan. Tapi, masih ada juga yang lalai dan alpa dan sanggup untuk mengalah dari cabaran.

Ramadhan turut mengajar untuk kita bersederhana dalam segala aspek dan sentiasa ingat mengingati sesama kita agar tidak terlalu boros mengikut hawa nafsu. Lalu, pasti pada bulan ini akan menimbulkan Keinsafan keran mengakui kekerdilan diri disamping Dia...Lapangkan diri untuk bersedeqah kepada mereka yang memerlukan...kerana ganjaran yang disediakan ALLAH berlipat ganda pada bulan ini.

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, semoga amalan yang dilakukan pada bulan dan tahun ini diperkenan dari Yang Maha Esa.

Tumbuh Berjajaran Pohon Dedalu,
Tempat Bermain Si Burung Merak,
Kini Sya'ban Sudah Berlalu,
Tiba Menjelma Ramadhan Al-Mubarak.

No comments:

Post a Comment